Thursday, June 17, 2010

Ahli baru


Gambar kenangan selepas majlis walimah pihak perempuan di Guchil Bayam. "Bekwoh" telah diadakan pada 6 Jun 2010, dan sebelah malamnya, pihak pengantin mula menjelajah berkunjung ke rumah saudara mara demi merapatkan silaturrahim dan memperkenalkan ahli baru kepada keluarga pihak lelaki. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah, Cikgu zamri yang bersusah payah menyediakan tempat penginapan pihak rombongan pengantin lelaki...

Saturday, March 6, 2010

Selamat Hari lahir



Zaid Al-khair...
Selamat menyambut hari lahir yang ke 10 pada 10 mac...Semoga dikau menjadi anak yang soleh.

Wednesday, February 10, 2010

Decorstone



Alhamdulillah..waktu cuti penggal sekolah yang lalu, saya sempat memasang decorstone di tiang rumah saya..selain decorstone, saya juga sempat memasang tiles dan batu2 pebbles kat lantai kaki lima rumah..

Walaupun saya bukan pro, namun sedikit sebanyak decorstone ini mampu menaikkan seri rumah saya yang tak seberapa tu...decorstone ni, belum dicat dengan cat kilat..kalau cat nanti, lagi la berseri...

Setakat ini, masih ada 4 tiang yang belum di pasang..menunggu waktu lapang musim cuti..entah bila..

Tuesday, February 9, 2010

Nangka madu


Alhamdulillah...buah nangka madu yang saya tanam telah membuahkan hasil..tahun 2010 ni, banyak betul buahnya..dulu taklah lebat sangat..kalau tak silap saya, hampir 25 biji semuanya kali ini...
Bila buahnya banyak, saiznya agak kecil kalau masak.mungkin berebut baja kot.Setakat ni, dah dua biji masak.manis!!!
Kepada rakan2, jemputlah ke rumah kalau nak merasa nangka madu ni..tapi nak pesan awal2..kalau kome tak tahan, jangan makan sebab nangka ni 'sejuk' dan berangin...