Tuesday, August 4, 2009

Oleh : Zamri Keciks1.
Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?* Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)* Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain- lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.2. Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?1. Kanak- kanak berusia kurang 5 tahun2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas3. Kanak- kanak dan remaja (18 tahun ke bawah) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang4. Wanita mengandung5. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes6. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppressi on)7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:37 A

No comments:

Post a Comment